Tuesday, September 23, 2014

2. Surat untuk Hannah (Part 2)

Okay. Mummy cerita pulak pasal the day u were born. Actually your due date was on 1.6.2013...yup, on your daddy's birthday.

Tapi at 34 weeks, mummy memang dah sakit teruk sangat..susah nak berjalan.nk duduk.nak baring semua makan mase n ADOI di sana sini. And mummy batuk teruk for the whole 9 months.

Malam 7.5.2013 tu (36w), mummy tengok tv dengan daddy sambil batuk2. And mamak sebelah pulak macam biase la, pong pang pong pang bahase tamil sampai mummy n daddy tergelak2..

Masa tu mummy tahan tak nak gelak sebab rusuk kiri mummy sakit macam dipatah2... tapi daddy makin seronok buat lawak pasal mamak tu.

Nasib baik esoknye mummy memang cuti cuz ade checkup dengan Dr. Mashitah...Malam tu mummy tak boleh tido langsung. Dah nak pukul 4 baru terlelap.

Pukul 6 pagi mummy tersedar n rasa sakit sangat sampai tak boleh bergerak.dalam mase sama mummy nak batuk.tapi setiap kali batuk tu rasa patah satu tulang. Ha...dramatik kan cite mummy.

Mummy kejut daddy...daddy suruh call nenek Hannah. Lepas mummy call, nenek pun tergesa2 datang tengok mummy..

"along ni nak bersalin dah kot.pegi je az zahrah skang", kata nenek. Daddy pun solat subuh sambil nenek kemaskan barang mummy. Mummy memang dah lama kemas beg untuk ke hospital.dr 7 bulan lagi...so tak banyak yg nak dikemas.

Perjalanan ke hospital yang 30minit tu rase lama sgt. Daddy terbrek sikit pun mummy dah menjerit. Sampai hospital pukul 7.30 pagi.

So sampai je kat hospital, mummy kene tolak dengan wheel chair sampai ke tingkat 2. Gynea mummy, Dr Mashitah kebetulan dah sampai and terus check bukaan. "Dah 2cm. Petang kang awak bersalin la tu...", katanya sambil senyum.

I was like HAAAAA? BERSALIN?? (awan gelap atas kepala. boom petir!!)

Mummy diinject pain killer but ubat tu hanya jalan selepas 5 jam kot...so dari pukul 12.30 sampai pukul 1.30 gitu mummy relax, boleh mandi, gelak2 tanpa rasa sakit. Nurse pun boleh check bukaan mummy dengan senang hati..tapi 3cm je baru...

Pukul 1.30 sakit tu datang balik and continue sampai pukul 4 where mummy dah tak tahan lagi and menangis segala. Zikir tu memang tak henti. Nenek and daddy urut belakang mummy. Tapi tak lega.

4pm: Nurse kata bukaan 4cm. And gynea advice mummy to take epidural cuz jalan tak buka banyak and mummy dah tanggung sakit almost 10 hours. Mummy dibawa turun ke labour roon and pakar bius dah ready tunggu mummy. Okay, jarum epidural tu panjang SANGAT and mummy takut sangat sampai kena peluk daddy.

After jab, mummy kena baring straight, tak boleh mengiring langsung cuz ubat tu akan bagi mummy kebas pinggang ke bawah. Tujuannya untuk bagi mummy tak sakit. Tapi still mummy sakit kat rusuk bila mummy batuk.

Daddy and nenek bergilir2 teman mummy kat dalam labour room. Mummy was induced at 5pm and gynea pecahkan air ketuban mummy.

At 9pm, mummy start rasa you keep pushing to go out. Rasa dia macam nak buang air besar. Mummy told the nurse and diorang check dah buka 9cm. Okay it's time. Nurse readykan mummy and suruh mummy berlatih breathing and push.

Gynea turun and check bukaan mummy dah 10 cm. Daddy ada sebelah mummy. Tunggu Hannah keluar. Lama juga mummy push, at last you arrived, dengan disaksikan daddy.
 
Senyap je masa Hannah keluar. Bila nurse tepuk2 and keluarkan kahak Hannah, baru Hannah menangis. Mummy dapat touch anak syurga mummy akhirnya.
A girl. 10.50 pm. 2.4 kg.
There you were. Beautiful little girl.
 
 
 


Bila Hannah dah pandai baca entry ni, mummy harap Hannah tau betapa mummy sayang kat Hannah.
 
Mummy doakan Hannah supaya:
1. Membesar sebagai anak yang solehah
2. Turut perintah Allah, tinggalkan laranganNya
3. Mendengar kata
4. Cerdik, cergas, cerdas
5. Diberi kesihatan yang baik
6. Pilih kawan yang betul, yang boleh ajak Hannah ke jalan lurus
 
Banyak lagi mummy doa tapi tak tertulis semua. Mummy harap bila Hannah baca ni, Hannah dapat kenang pengorbanan mummy and daddy mengandung, melahirkan dan membesarkan Hannah.
I love you Hannah Nur Iman bt Mustaza Fazuli.
 
Salam sayang,
Mummy
 
- 23/9/2014-
 
 
 


 

No comments:

Post a Comment