Thursday, November 27, 2014

12. Redha

Assalamualaikum syg..

Hari ni baru mummy mampu menulis.

Hannah takde rezeki utk jadi kakak..mummy miscarriaged at 5w5d (23.11.2014)...

Mummy sedih..tapi dalam masa sama mummy redha syg..Allah lebih tau ape yg terbaik utk kita sekeluarga..

Al-fatihah..

Friday, November 14, 2014

11. Adik hannah

Hannah syg...

Hannah akn dapat adik taun depan..insya allah..

Thursday, October 23, 2014

10. Busy

Hannah..mummy a bit busy sekarang..so tak dapat nak tulis surat utk hannah

Mummy mtk maaf ye..i love u

Saturday, October 11, 2014

9. Rezeki

Sayang...

Mummy dah start biz baru semalam.design and printing services. It is named Hannadia Arts... Hannah + Nadiah Arts..Alhamdulillah..dah ada yg start order..

Rezeki Allah untuk kite..

Tapi..

Tadi mummy tercicir 60 ringgit masa bawak hannah ke 99 speedmart..mummy simpan duit dalam poket jeans..tak tau bila cicirnye...mummy round 1 kedai,dah takde..

Takde rezeki kite...

Friday, October 10, 2014

8. Semua untuk Hannah

Assalamualakum sayang..

Mummy tengah ligat pikir business untuk tambah pendapatan ni...Semuanya demi kesenangan Hannah nanti...

Hannah doakan mummy ye...

-mummy-

Wednesday, October 8, 2014

7. 1 tahun 5 bulan

Assalamualaikum anakku..

Hari ni 8.10.2014 umur Hannah genap 17 bulan..n mummy still breastfeeding you..

Alhamdulillah..hannah anak yang cerdik i can say..hannah mula berjalan masa 10 bulan n masa yang sama start pok pek bahasa german tu...

Sekarang hannah dah pandai sebut banyak jugak words yang mummy boleh faham. Perkataan pertama hannah is Dada (daddy kot)..tapi mummy pun hannah panggil dada..tengok gambar hannah sendiri dalam phone pun hannah cakap dada jugak..

Perkataan lain yang mummy faham:
Mama=mummy
Toitoi=upin ipin
Nak=nak

Tak=bukak

Tatak=katak/kakak/atok
Nenek=nenek
Nyam=makan
Yèr=air
Nek=snake
Sssst=pedas
E'ek=buang air besar

Ade banyak lagi...tapi mummy tak boleh recall..

Insha Allah..hannah tak cakap bahasa pelat..mummy cuba sedaya upaya cakap penuh,tak pelat dengan hannah..

Hannah jugak dah start nak suap sendiri..good..tanda2 nak berdikari..cuma bila makan sendiri, 20% je makan, 80% lagi main,sepah2 makanan..itu mummy kene ajar lebih lagi.

hannah jugak suka buku..buku hannah banyak sangat..tapi dah baca taknak kemas.tapi yang sejukkan hati mummy,hannah prefer buku daripada toys..Toys pun gitu..taknak kemas..haih...

Minggu lepas daddy belikan hannah play doh cupcake set...something yang mummy n daddy sendiri tak pernah dapat dari kecik...suke sangat hannah main..

Ok lah..nanti mummy tulis lagi k...

Bye sayang..i love you..

Saturday, October 4, 2014

6. Pesan

Assalamualaikum sayang..

Hannah, mummy doakan bila hannah dah dewasa nanti, hannah tak perlu lalui rasa yang mummy rasa sekarang ni...

Monday, September 29, 2014

5. Hannah dah sihat

Assalamualaikum sayang...

Alhamdulillah..hannah dah sihat..takde muntah2 lagi..batuk pun kadang2 je..

Lega hati mummy...but still...you woke up kerap tengah malam...takpe la syg..janji sihat...

I love you.

Wednesday, September 24, 2014

4. Pengorbanan seorang ibu

Assalamualaikum sayang..

Mummy n daddy EL hari ni...hannah muntah2 start kol 4 pagi tadi...sampai kol 7 lebih...

Mummy tak tido sayang...n mummy sakit kepala now...tapi dapat tengok hannah tido lena,tak muntah lagi,cukup untuk mummy...

I love you sayang.. i'll do anything for you..

Tuesday, September 23, 2014

3. Hannah vs. Choo Sarang

Assalamualaikum Hannah sayang..

Sekarang ni ramai sangat yang cakap muka Hannah macam Choo Sarang.

Siapa Choo Sarang? Nanti Hannah google ye. Yang mummy tau dia reality tv star dari kecik lagi. and famous di kalangan penonton cite korea.

Kadang2 kita pegi mall pun ada yang tegur or bisik2 cakap benda yang sama.

Iye ke? Hannah nilaikan sendiri ye.

Kiri: Hannah
Kanan: Choo Sarang
Kat mata mummy, mestila anak mummy lagi comel..hehe

Okay, cube Hannah teka yang mana Hannah, yang mana Choo Sarang kat gambar ni.

Ha..teka teka...

Okay sayang.. Nanti mummy tulis lagi ye..

I love you...mmuahhh

2. Surat untuk Hannah (Part 2)

Okay. Mummy cerita pulak pasal the day u were born. Actually your due date was on 1.6.2013...yup, on your daddy's birthday.

Tapi at 34 weeks, mummy memang dah sakit teruk sangat..susah nak berjalan.nk duduk.nak baring semua makan mase n ADOI di sana sini. And mummy batuk teruk for the whole 9 months.

Malam 7.5.2013 tu (36w), mummy tengok tv dengan daddy sambil batuk2. And mamak sebelah pulak macam biase la, pong pang pong pang bahase tamil sampai mummy n daddy tergelak2..

Masa tu mummy tahan tak nak gelak sebab rusuk kiri mummy sakit macam dipatah2... tapi daddy makin seronok buat lawak pasal mamak tu.

Nasib baik esoknye mummy memang cuti cuz ade checkup dengan Dr. Mashitah...Malam tu mummy tak boleh tido langsung. Dah nak pukul 4 baru terlelap.

Pukul 6 pagi mummy tersedar n rasa sakit sangat sampai tak boleh bergerak.dalam mase sama mummy nak batuk.tapi setiap kali batuk tu rasa patah satu tulang. Ha...dramatik kan cite mummy.

Mummy kejut daddy...daddy suruh call nenek Hannah. Lepas mummy call, nenek pun tergesa2 datang tengok mummy..

"along ni nak bersalin dah kot.pegi je az zahrah skang", kata nenek. Daddy pun solat subuh sambil nenek kemaskan barang mummy. Mummy memang dah lama kemas beg untuk ke hospital.dr 7 bulan lagi...so tak banyak yg nak dikemas.

Perjalanan ke hospital yang 30minit tu rase lama sgt. Daddy terbrek sikit pun mummy dah menjerit. Sampai hospital pukul 7.30 pagi.

So sampai je kat hospital, mummy kene tolak dengan wheel chair sampai ke tingkat 2. Gynea mummy, Dr Mashitah kebetulan dah sampai and terus check bukaan. "Dah 2cm. Petang kang awak bersalin la tu...", katanya sambil senyum.

I was like HAAAAA? BERSALIN?? (awan gelap atas kepala. boom petir!!)

Mummy diinject pain killer but ubat tu hanya jalan selepas 5 jam kot...so dari pukul 12.30 sampai pukul 1.30 gitu mummy relax, boleh mandi, gelak2 tanpa rasa sakit. Nurse pun boleh check bukaan mummy dengan senang hati..tapi 3cm je baru...

Pukul 1.30 sakit tu datang balik and continue sampai pukul 4 where mummy dah tak tahan lagi and menangis segala. Zikir tu memang tak henti. Nenek and daddy urut belakang mummy. Tapi tak lega.

4pm: Nurse kata bukaan 4cm. And gynea advice mummy to take epidural cuz jalan tak buka banyak and mummy dah tanggung sakit almost 10 hours. Mummy dibawa turun ke labour roon and pakar bius dah ready tunggu mummy. Okay, jarum epidural tu panjang SANGAT and mummy takut sangat sampai kena peluk daddy.

After jab, mummy kena baring straight, tak boleh mengiring langsung cuz ubat tu akan bagi mummy kebas pinggang ke bawah. Tujuannya untuk bagi mummy tak sakit. Tapi still mummy sakit kat rusuk bila mummy batuk.

Daddy and nenek bergilir2 teman mummy kat dalam labour room. Mummy was induced at 5pm and gynea pecahkan air ketuban mummy.

At 9pm, mummy start rasa you keep pushing to go out. Rasa dia macam nak buang air besar. Mummy told the nurse and diorang check dah buka 9cm. Okay it's time. Nurse readykan mummy and suruh mummy berlatih breathing and push.

Gynea turun and check bukaan mummy dah 10 cm. Daddy ada sebelah mummy. Tunggu Hannah keluar. Lama juga mummy push, at last you arrived, dengan disaksikan daddy.
 
Senyap je masa Hannah keluar. Bila nurse tepuk2 and keluarkan kahak Hannah, baru Hannah menangis. Mummy dapat touch anak syurga mummy akhirnya.
A girl. 10.50 pm. 2.4 kg.
There you were. Beautiful little girl.
 
 
 


Bila Hannah dah pandai baca entry ni, mummy harap Hannah tau betapa mummy sayang kat Hannah.
 
Mummy doakan Hannah supaya:
1. Membesar sebagai anak yang solehah
2. Turut perintah Allah, tinggalkan laranganNya
3. Mendengar kata
4. Cerdik, cergas, cerdas
5. Diberi kesihatan yang baik
6. Pilih kawan yang betul, yang boleh ajak Hannah ke jalan lurus
 
Banyak lagi mummy doa tapi tak tertulis semua. Mummy harap bila Hannah baca ni, Hannah dapat kenang pengorbanan mummy and daddy mengandung, melahirkan dan membesarkan Hannah.
I love you Hannah Nur Iman bt Mustaza Fazuli.
 
Salam sayang,
Mummy
 
- 23/9/2014-
 
 
 


 

1. Surat untuk Hannah (Part 1)

Assalamualaikum anak mummy sayang..

Hari ni 22.9.2014. Entah kenapa mummy tetibe je terfikir nak buat blog untuk Hannah. Takde tujuan.

So, mummy rasa, first entry ni mummy akan tulis apa mummy alami masa mula2 mummy dapat tau mummy mengandungkan baby tembam mummy ni.

Mummy n daddy nikah on 02.10.2010...almost dua tahun mummy n daddy tunggu, mummy disahkan mengandung on Sept 2012...

Cerita sebelum doctor sahkan tu sangat la panjang n membuatkan mummy tak senang duduk. Hannah nak tau kenapa?

Sebenarnya, mummy saja2 buat pregnancy test tu cuz nak fly ke KK for mummy and daddy's 2nd anniversary. Tetibe...


Menangis...
 
Mummy buat pregnancy test sendiri sampai 4x cuz some UPT said +ve n the others said -ve. And even at first, doctor said i'm not pregnant. But mummy tetap berharap ada rezeki utk mummy rasa pengalaman tu...

Only at my 2nd visit, doctor verified it..Only Allah knows how i felt at that time.

Mummy and Daddy pergi sambut anniversary kat KK. Masa ni baru tau pregnant 5 minggu.

 
Hannah..

Mengandungkan Hannah tak membebankan mummy langsung...tapi mase first trimester, teruk jugaklah mummy mase tu...mc seminggu sebab bleeding..i can't eat a single thing. The only thing i can have for lunch is nenek long's cookings. So, setiap hari mummy akan drive home for lunch.


First ultrasound. Masa mummy bleeding.

2nd trimester is the most enjoyable time.walau sakit pinggang and kerap pitam, mummy can eat almost everything without throwing it out.
 


4 and 5 months in womb
 
Mummy at 6 months of pregnancy

And the 3rd trimester sangat menyakitkan cuz mummy tak bleh tidur, makan dah tak lalu, pitam je slalu. Mummy pernah pitam kat manjaku bangi.heheh.malu...


Mummy and daddy bawak Hannah gi KLCC skybridge at 8 months



4d scan. Hannah senyum

 
-to be continued-